Tuesday, 3 December 2019

FESTIVAL SENI SILAT PANTAI TIMUR KELANTAN 2019

Festival Seni Silat Pantai Timur WARIS 2019 merupakan festival kelapan yang diadakan oleh WARIS yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Festival pada kali ini disertai oleh serami 282 orang peserta dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS)


Peserta yang hadir terdiri daripada Pertubuhan yang bergabung didalam WARIS, PERSIMA dari Terengganu, dan Pertubuhan Seni Silat Sangkar Rewana dari Pahang dan FPSTI dari Selangor. 

Festival dimulakan dengan Perarakan pasukan silat yang menyertai Festival ini bermula dari Gelanggang Seni melalui jalan Mahmood, Jalan Hospital hingga bulatan jam besar Kota Bharu, Jalan Sultan Ibrahim dan kembali semula ke Gelanggang Seni melalui Jalan Perdana.

Di Festival itu juga Guru PSSLM Dr Kamal berkesempatan bertemu dengan Cikgu Mazlan Hashim, seorang penggiat seni Silat dan penulis tetap di majalah Seni Beladiri serta pemimpin Pertubuhan Silat Sangkar Rewana yang berasal dari Pahang Darul Makmur.
PERSIMA
Festival kali ini menyaksikan persembahan Seni Silat daripada 9 badan gabungan WARIS, dua kumpulan dari PERSIMA, Terengganu, dua pasukan daripada Pahang dan satu kumpulan daripada Selangor.

PSS Pesan Sakti

PSS Spelek

SETANJAK

PSS Teralak Tunggal Kelantan


Peserta dari PSSLM yang menyertai Festival


Monday, 4 November 2019

KEMBALI AKTIF

Assalamu'alaikum wr., wb.,

Kepada peminat Silat Lintau sekelian terutama ahli-ahli PSSLM Puchong.

Blog ini kembali aktif setelah sekian lama berdiam diri. Kini, admin blog telah bertukar tangan dan in sha Allah segala maklumat akan disampaikan melalui blog ini.

Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan yang merupakan badan induk kepada cawangan Puchong, kini bertukar nama kepada PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU MALAYSIA (PSSLM) dengan rasminya pada 02/10/2019 baru-baru ini.

PSSLM adalah sebuah badan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan (tanpa cawangan).

Ini bermakna PSSLM boleh membuka gelanggang dan mengadakan aktivitinya dimana-mana sahaja di Malaysia tanpa menubuhkan cawangan di negeri tersebut. Tujuan ia didaftarkan sedemikian adalah untuk memudahkan pengurusan yang menjurus kepada pengurusan sentral (centralised management).

Selain Kelantan, PSSLM kini sudah berkembang ke Sabah, Johor, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. In sha Allah, lebih banyak gelanggang akan dibuka selepas ini di negeri-negeri di semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Setakat itu dahulu makluman pada kali ini. Sehingga bertemu lagi Assalamu'alaikum wr., wb.,

Wednesday, 3 May 2017

Pengalaman Pertama Sertai Festival Silat Bahagian 2

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Video kenangan sepanjang Festival Silat 2017



Selamat menonton!

Baca Bahagian 1 <<di sini>>

Sunday, 30 April 2017

Pengalaman Pertama Sertai Festival Silat Bahagian 1

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Seramai 14 orang ahli cawangan Puchong telah menyertai Festival Silat kebangsaan 2017 yang telah diadakan dengan jayanya pada 21 dan 22 April yang lalu. Acara tahunan yang diadakan di Kota Bharu itu berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan berguna kepada semua yang terlibat. Di sini dikongsikan beberapa gambar sebagai kenangan untuk tatapan semua pembaca.

Pelbagai kisah suka duka telah dilalui walaupun hanya 3 hari di sana. Semoga berpeluang lagi untuk menyertai festival seumpama ini di lain waktu.



Solat sunat dan doa mohon dipermudahkan perjalanan dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.




Perbarisan dan perarakan sekitar bandar Kota Bharu sebelum sesi persembahan bermula.










Video sesi persembahan akan dimuat naik di lain waktu. Tunggu!


Monday, 17 April 2017

Festival Silat Kebangsaan 2017

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته






Pada 21 - 23 April 2017 satu festival silat akan diadakan bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu Kelantan. Festival ini akan disertai oleh 400 pesilat dari 6 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Kelantan selaku tuan rumah. Festival ini juga dijangka akan dihadiri oleh lebih 5000 pengunjung untuk menyaksikan pertandingan dan juga pertunjukan daripada pelbagai aliran silat yang menyertainya.

Festival anjuran kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS) ini dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Ahli-ahli Silat Lintau cawangan Puchong tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai festival kali ini. Walaupun masih baru dalam permainan Silat Lintau, peluang keemasan ini mesti diambil dan dimanfaatkan oleh setiap ahli untuk menambah lagi pengalaman dan juga dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan Lintau itu sendiri. Selain itu ahli-ahli juga dapat merasai pengalaman dan dapat mengenali pelbagai jenis aliran silat yang ada di negara ini. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk semua.

Nantikan coretan di lain masa tentang latihan persiapan untuk ke festival ini.

Pakat gi blako deh adik kakok!


Tuesday, 4 April 2017

Kunjungan Ke Indonesia

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته




Pada 24 - 27 Mac yang lalu kami seramai 9 orang telah berkunjung ke Indonesia atas beberapa urusan yang berkenaan. Seramai 4 orang wakil dari gelangang Puchong dan 5 orang dari Pasir Puteh telah menyertai rombongan yang diketuai oleh Dr. Kamal ini.

Untuk kali ini kami hanya berkongsi pautan ke laman rasmi Silat Lintau Pasir Puteh untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti dan perjalanan sepanjang kunjungan kami ke Indonesia. Sila klik di sini untuk gambar dan berita selanjutnya.

Semoga ahli yang lain juga mendapat peluang yang sama untuk berkunjung ke sana di lain masa dan ketika. Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang berada di sana. Semoga kunjungan ini berjaya memberi kefahaman yang baik kepada semua ahli tentang apa itu Silat Lintau.



Tuesday, 21 March 2017

Kunjungan Hormat Ke Gelanggang Pusat

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Pada 21 Mac 2017 saudara Ahmad Fadli selaku pengerusi jawatankuasa gelanggang Puchong telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman rasmi Dr. Kamal Shah di Pasir Puteh. Beliau juga telah meluangkan masa untuk menyaksikan latihan yang dijalankan di gelanggang pusat yang terletak tidak jauh dari kediaman Dr. Kamal.

Alhamdulillah walaupun kunjungan tersebut sangat ringkas tetapi banyak perkara yang dapat dipelajari hasil daripada pertemuan dengan Dr. Kamal dan juga jurulatih lain di gelanggang tersebut. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli serta jurulatih kedua-dua gelanggang.

Sedikit gambar yang sempat dirakam setelah selesai sesi latihan. Harap maaf gambar-gambar semasa latihan tidak dapat dikongsi atas sebab-sebab tertentu.






Sunday, 26 February 2017

Mesyuarat Penubuhan dan Pemilihan Jawatankuasa Gelanggang

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Satu mesyuarat telah diadakan pada 25 Februari 2017 bertempat di Surau Al-Mawaddah Taman Puchong Utama PU5. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru Utama Silat Lintau Kelantan iaitu Dr. Kamal Shah. Antara agenda mesyuarat adalah memperkenalkan Silat Lintau dengan lebih lanjut lagi kepada ahli-ahli dengan menceritakan sejarah berkenaan silat ini.

Selain itu ahli yang hadir juga telah diberi penerangan dan juga kata-kata nasihat dalam memastikan perjuangan memartabatkan Silat Lintau ini tidak disertakan dengan niat atau tujuan yang menyimpang daripada matlamat asal kita bersilat atau tujuan yang bertentangan dengan syariat. Semua ahli juga diingatkan supaya sentiasa menjaga nama baik Silat Lintau dan sentiasa menjaga silaturrahim sesama ahli.

Hasil daripada mesyuarat tersebut maka satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu melancarkan pengurusan dan juga segala kerja yang berkaitan dalam hal ehwal gelanggang. Berikut disertakan senarai jawatankuasa gelanggang cawangan Puchong.


PENGERUSI :
AHMAD FADLI BIN MOHAMAD

TIMBALAN PENGERUSI :
JAFRIDIN BIN MOHAMAD

SETIAUSAHA :
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN PADZIL

BENDAHARI :
SHAMSOR BIN ABU MANSOR

AHLI JAWATANKUASA :
MOHAMAD NOR IZWAN BIN YAHYA
NAHAR BIN MOHD DON
MOHAMAD ASRAFZIKRI BIN HUSAINI
MUHAMMAD SHAHRIL BIN IDRUS
NORANI BINTI SHAFFIE
NOR AMIRAH BINTI RAHMAT


Dr. Kamal selaku guru utama meminta dengan penuh harapan agar semua yang terpilih untuk mengepalai segala urusan gelanggang dapat menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi. Semoga dengan tertubuhnya gelanggang baru di Puchong ini dapat membuka ruang dan peluang untuk memartabatkan lagi seni budaya melayu amnya dan dapat meluaskan pengajaran dan permainan Silat Lintau khasnya. Mesyuarat diakhiri dengan sedikit tazkirah dan juga jamuan ringan.


 Pendapat dan cadangan diutarakan

 Mendengar amanat daripada Dr. Kamal Shah

 Bergambar selepas selesai mesyuarat



Dr. Kamal Shah Pendekar Sutan Rajo Sati
Guru Utama


Friday, 10 February 2017

Selamat Datang!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat Datang ke laman info Lintau Asli cawangan Puchong.

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Silat Lintau bolehlah melayari laman rasmi Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan. Sila klik pada pautan berikut :-