السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Pada 21 - 23 April 2017 satu festival silat akan diadakan bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu Kelantan. Festival ini akan disertai oleh 400 pesilat dari 6 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Kelantan selaku tuan rumah. Festival ini juga dijangka akan dihadiri oleh lebih 5000 pengunjung untuk menyaksikan pertandingan dan juga pertunjukan daripada pelbagai aliran silat yang menyertainya.
Festival anjuran kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS) ini dibuka secara percuma kepada orang ramai.
Ahli-ahli Silat Lintau cawangan Puchong tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai festival kali ini. Walaupun masih baru dalam permainan Silat Lintau, peluang keemasan ini mesti diambil dan dimanfaatkan oleh setiap ahli untuk menambah lagi pengalaman dan juga dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan Lintau itu sendiri. Selain itu ahli-ahli juga dapat merasai pengalaman dan dapat mengenali pelbagai jenis aliran silat yang ada di negara ini. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk semua.
Nantikan coretan di lain masa tentang latihan persiapan untuk ke festival ini.
Pakat gi blako deh adik kakok!
No comments:
Post a Comment