Sunday, 30 April 2017

Pengalaman Pertama Sertai Festival Silat Bahagian 1

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Seramai 14 orang ahli cawangan Puchong telah menyertai Festival Silat kebangsaan 2017 yang telah diadakan dengan jayanya pada 21 dan 22 April yang lalu. Acara tahunan yang diadakan di Kota Bharu itu berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan berguna kepada semua yang terlibat. Di sini dikongsikan beberapa gambar sebagai kenangan untuk tatapan semua pembaca.

Pelbagai kisah suka duka telah dilalui walaupun hanya 3 hari di sana. Semoga berpeluang lagi untuk menyertai festival seumpama ini di lain waktu.



Solat sunat dan doa mohon dipermudahkan perjalanan dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.




Perbarisan dan perarakan sekitar bandar Kota Bharu sebelum sesi persembahan bermula.










Video sesi persembahan akan dimuat naik di lain waktu. Tunggu!


Monday, 17 April 2017

Festival Silat Kebangsaan 2017

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته






Pada 21 - 23 April 2017 satu festival silat akan diadakan bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu Kelantan. Festival ini akan disertai oleh 400 pesilat dari 6 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Kelantan selaku tuan rumah. Festival ini juga dijangka akan dihadiri oleh lebih 5000 pengunjung untuk menyaksikan pertandingan dan juga pertunjukan daripada pelbagai aliran silat yang menyertainya.

Festival anjuran kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS) ini dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Ahli-ahli Silat Lintau cawangan Puchong tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai festival kali ini. Walaupun masih baru dalam permainan Silat Lintau, peluang keemasan ini mesti diambil dan dimanfaatkan oleh setiap ahli untuk menambah lagi pengalaman dan juga dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan Lintau itu sendiri. Selain itu ahli-ahli juga dapat merasai pengalaman dan dapat mengenali pelbagai jenis aliran silat yang ada di negara ini. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk semua.

Nantikan coretan di lain masa tentang latihan persiapan untuk ke festival ini.

Pakat gi blako deh adik kakok!


Tuesday, 4 April 2017

Kunjungan Ke Indonesia

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته




Pada 24 - 27 Mac yang lalu kami seramai 9 orang telah berkunjung ke Indonesia atas beberapa urusan yang berkenaan. Seramai 4 orang wakil dari gelangang Puchong dan 5 orang dari Pasir Puteh telah menyertai rombongan yang diketuai oleh Dr. Kamal ini.

Untuk kali ini kami hanya berkongsi pautan ke laman rasmi Silat Lintau Pasir Puteh untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti dan perjalanan sepanjang kunjungan kami ke Indonesia. Sila klik di sini untuk gambar dan berita selanjutnya.

Semoga ahli yang lain juga mendapat peluang yang sama untuk berkunjung ke sana di lain masa dan ketika. Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang berada di sana. Semoga kunjungan ini berjaya memberi kefahaman yang baik kepada semua ahli tentang apa itu Silat Lintau.