Assalamu'alaikum wr., wb.,
Kepada peminat Silat Lintau sekelian terutama ahli-ahli PSSLM Puchong.
Blog ini kembali aktif setelah sekian lama berdiam diri. Kini, admin blog telah bertukar tangan dan in sha Allah segala maklumat akan disampaikan melalui blog ini.
Pertubuhan Seni Silat Lintau Pasir Puteh, Kelantan yang merupakan badan induk kepada cawangan Puchong, kini bertukar nama kepada
PERTUBUHAN SENI SILAT LINTAU MALAYSIA (PSSLM) dengan rasminya pada 02/10/2019 baru-baru ini.
PSSLM adalah sebuah badan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan (tanpa cawangan).
Ini bermakna PSSLM boleh membuka gelanggang dan mengadakan aktivitinya dimana-mana sahaja di Malaysia
tanpa menubuhkan cawangan di negeri tersebut. Tujuan ia didaftarkan sedemikian adalah untuk memudahkan pengurusan yang menjurus kepada pengurusan sentral (centralised management).
Selain Kelantan, PSSLM kini sudah berkembang ke Sabah, Johor, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. In sha Allah, lebih banyak gelanggang akan dibuka selepas ini di negeri-negeri di semenanjung dan Sabah/Sarawak.
Setakat itu dahulu makluman pada kali ini. Sehingga bertemu lagi Assalamu'alaikum wr., wb.,